Sek Men Al-Hidayah Ipoh
Pengenalan | Warga Pendidik | Akademik | Program | Aktiviti | Jadual Aktiviti | Galeri | Links | Hubungi Kami | Sejarah Sekolah

Home









Sejarah Sekolah

1996
 Tahun ini menyaksikan bahawa sebuah sekolah kecil berjiwa gergasi ditubuhkan berbekal semangat yang ada pada 4 orang guru pada ketika itu, iaitu dipelopori oleh Mualim Zulkifli Bin Ahmad sambil dibantu Mualim Buang Hodri, Mualimah Hanizah dan Ustaz Yusof.Pada awal penubuhannya ,pelajar yang menuntut hanya kira-kira 11 orang sahaja.Seperti yang diperkatakan tadi semangat gergasi yang ada pada setiap guru dan pelajar akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka.Matapelajaran ketika itu sama seperti kini.Bukan sahaja akademik yang diterapkan dalam diri pelajar malah pelajaran idadi dan thanawi juga, seiring dengan tuntutan islam yang mengimbangkan dunia dan akhirat.Ketika itu smah hanya mempunyai aktiviti kokurikulum Qiamullail dan pendidikan jasmani sahaja.Bola jaring dan pingpong menjadi subjek didalam jadual pelajar.Waktu belajar bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang kini ia dipendekkan waktunya kepada jam 3.00 petang untuk memberi keselesaan kepada pelajar.Ketiadaan aktiviti ko-kurikulum yang pelbagai tidak menjejaskan keupayaan pelajar didalam pelajaran.Displin yang mantap dan terkawal menjadi salah satu tarikan kepada dunia luar untuk mengenali smah..HIDUP SMAH!!
 
1997
  Tahun 1997 berlalu pergi, ketika itu SMAH masih terletak di rumah banglo Jalan Lengkok Pasar Ditaman Rapat Setia Lama.Pengetua ketika itu ialah Mualim Zulkifli Ahmad. Bilangan guru ketika itu masih sama dari tahun 1996. Bilangan pelajar semakin meningkat, perancangan demi perancangan dibuat. Akhirnya, saat 1997 membuktikan bahawa smah kian membuktikan keupayaannya. Aktiviti ko-kurikulum dijalankan seiringin dan selaras dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia ini.Namun, kekurangan aset untuk meneruskan kemajuan tersebut menjadi satu penghalang untuk SMAH terus diperbesarkan.Rumah banglo yang serba kekurangan tetap setia berbakti untuk anak didik dengan berbekalkan sebuah bilik air dan dua buah bilik sebagai kelas serta sebuah  bilik untuk guru.Perancangan dilakukan untuk memperbesarkan ahirnya berjaya..Tanggal Julai 1997 SMAH berpindah ke Kompleks Pendidikan Al-Hidayah, Ipoh iaitu tapak sekarang.
 
1998
    Rumah banglo yang berjasa itu ditinggalkan sebagai kenangan demi satu niat suci untuk menruskan pembelajaran ke tempat yang lebih selesa.Kompleks pendidikan Al-Hidayah yang digunakan ini sebenarnya dirasmikan oleh pelajar tingkatan 1 Uthman, 2 Umar, 3 Abu Bakar dan pengetua baru menggantikan Mualim Zulkifli Ahmad ialah Mualim Zolkifli Ismail serta beberapa orang guru meneyertai perjuangan ini walaupun dalam keadaan kemudahan yang terhad. Kemudahan yang disediakan ialah bilik air yang dinding diperbuat dari kayu dengan taida beratap dan tiga buah kelas yang baru siap dibina tanpa sebarang tenaga elektrik dan air, serta sebuah bilik guru. Itulah keperitan yang dirasai oleh semua warga Al-Hidayah. Sememangnya SMAH dibina diatas titisan air mata dan bukannya dari hilai tawa. Sebuah Kompleks yang dikagumi ini bukan bermula dengan senyuman, tetapi titisan air mata dan peluh keringat.Dalam serba kekurangan ini, "anak sulong" SMAH mengambil peperiksaan PMR pertama untuk SMAH. Keputusan peperiksaan amat memberangsangkan, dan kini anda sepatutnya menghargai dan menghayati sepenuhnya pengorbanan mereka yang meneguhkan benteng -benteng SMAH ini walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan..
 
1999
   Musim 1999 telah tiba, pelajar yang hadir dari seluruh pelusuk dunia mencari SMAH kini terkejut dengan suasana di SMAH. Tanahnya berlopak digenangi air dapat dilihat di setiap sudut setelah hujan turun menyirami bumi.Jalan masuk kedalam sekolah yang masih belum berturap membuatkan mereka yang hadir tercengang-cengang, jalan masuknya seolah-olah memasuki kebun.Namun pelajar Smah tetap setia untuk menuntut ilmu di SMAH.Ini kerana prestasi akademik, idadi, syahsiah peribadi muslim serta displin yang memberangsangkan membuatkan mereka tetap terus setia hingga ke matlamat yang mereka impikan. Keputusan PMR pada tahun itu telah menaikkan SMAh dan meletak SMAH diantara 3 sekolah  agama terbaik di Perak. Tahniah PMR 1999...
 
2000
   Alaf baru yang dinantikan semua telah tiba. SMAH berwajah baru, jalan sudah diturap, tanah berlopak sudah ditambus.Lombong berbahaya ditambus sedikit demi sedikit.Kemudahannya yang dulu serba kekurangan kini telah lengkap semuanya.Tahun ini menyaksikan SMAH terus dan terus maju dengan bilangan guru yang bertambah disamping bilangan pelajar yang meningkat kepada hampir mencecah 100 orang pelajar.Ianya satu kejayaan yang mengejutkan walaupun baru mencapai usia seawal 4 tahun SMAH telah membuktikan bahawa ia setanding dengan sekolah berasrama penuh.Tahun ini buat pertama kalinya pelajar SMAh mengambil peperiksaan SPM. Kejayaan yang tidak disangka telah menjadikan SMAH sebagai sekolah agama ketiga terbaik di Perak. Pelajar PMR masih mengelakkan kedudukanya sebagai sekolah ketika terbaik di Perak.Kira-kira seramai 5 orang pelajar mendapat 9A1.... 

200....



design by ~puteraislam~